MUNGKIN KITA SERUPA
Sebagai " a true STARian" berita STAR ditundukkan oleh MCKK dalam perlumbaan mengejar puncak
Sebagai " a true STARian" berita STAR ditundukkan oleh MCKK dalam perlumbaan mengejar puncak
pencapaian dalam PMR awal pagi tadi amat perit untuk ku telan. Sistol dan diastol bagaikan bertunggang
langgang. Sejenak pandangan menjadi kabur. Serba salah keluar masuk rumah. Puas aku beristighfar.
Puas juga bertasbih dan bersalawat membesarkan Allah dan Rasulnya. Semua kerja terpaksa take a halt.
Hinggalah aku terfikir. Aahhhh ini baru keputusan PMR belum lagi keputusan di Mahsyar. Kenapa
menjadi amat gusar.
Tertekan memang tertekan . Rasanya kalau ke daerah Kuale sehari dua ni tak nak rasanya pakai T-shirt
berlogo sekolah tercinta. Bukan apa takut nanti Sekolah tercinta dinista. Pantang aku kalau sekolah aku
dicerca. Mau mulut aku tumpang jadi laser. Tua apa tua. Yang tua jasad ku tapi cinta ku pada STAR
tetap muda , tetap remaja.
Pll kalau boleh kita tak mahu kalah dengan MCKK dalam apa jua pertarungan.
Betul ke? Kita memang over and above mereka dalam rugbi. Tapi di bidang-bidang lain ,di mana kita
berbanding mereka.
Bola sepak?, entahlah!. Hoki ? Mungkin at par, kriket ? . Olahraga? kita way behind, bola keranjang ?
Masih untouchable. Ketewasan hari ini menambah lagi senarai ketewasan terhadap "musuh " tradisi ini.
So , bangunlah wahai teman-teman ku kita sebenarnya sedang terkapai-kapai memburu untuk memintas
kekuatan mereka. Gembelengkan segala kekuatan yang ada untuk membantu seluruh organisasi STAR
dalam misi keramat ini. Be the number one.
-Bro Yahaya Daud
1 comment:
Come on lah! Korang boleh! Aku rasa SPM korang mesti akan bear kteorg. AKu sure benda tu doh. Seriously. Haha.
Post a Comment