Wednesday, May 1, 2013

Politik di Mata Anak Muda

"Eleh, kecik kecik tak payah ah nak sembang pasal politik"

"Umur pun tak cukup nak mengundi dah bising"

"Buang masa sembang pasal politik. Kita muda lagi, enjoy!"

Biasa mendengar komen-komen sebegini rupa? Selalunya dari golongan muda. Golongan muda yang bakal membentuk nusa bangsa, Malaysia yang tercinta. Golongan muda yang kononnya punya tenaga tanpa batasan, fikiran tajam dan kritis. Golongan muda, bakal pemimpin negara

Ingin saya nyatakan beberapa contoh teladan, tokoh Islam yang dihormati.

Sultan Muhammad al-Fatih, berusia 19 tahun ketika Baginda memegang tampuk kepimpinan, sudah terjun ke dalam arena politik. Sultan sebuah negara Islam. Pada umur 20 tahun, Baginda berjaya menakluk Constantinople, boleh dikatakan Amerika Syarikat di zaman itu.

Salahuddin al-Ayubi, berjinak jinak dengan politik dan memimpin sepasukan tentera sedari umurnya 16 tahun. Genap umurnya 21 tahun, beliau sudah menjadi panglima dan wazir(ketua) di Mesir.

Pokoknya, saya percaya kita tidak pernah terlalu muda untuk politik. Tidak salah andai kita buka perbualan politik. Bukan juga satu kesalahan jika kita meluahkan pandangan politik kita. Mungkin pemikiran jumud seperti di ataslah punca kita kekurangan pemimpin muda. Mungkin inilah punca negara yang progresif dan maju masih kekal impian semata-mata.
Namun, sifat ekstremis perlu dielakkan. Lakukan kajian sebelum menyokong, jangan bercakap di atas angin.  Matanglah dalam melontarkan hujah. 

ini pandangan saya, mohon maaf jika ada yang tidak bersetuju

sekian 

skema mode on
BATCH OF 52
STARIAN 2008-2012
reinvent love

No comments: