Wednesday, May 29, 2013

membina semula amir syafiq

Sudah lama saya kira,
Sudah jauh saya kira,
Sudah dalam saya kira,
Sudah cukup saya kira,

Sudah cukup lama saya hidup di dalam mimpi,
Sudah cukup jauh saya dihanyutkan angan-angan
Sudah cukup dalam saya tenggelam ditimbuni hal-hal duniawi
Sudah cukup

Alhamdulillah, permohonan UPU berjaya. Diterima masuk oleh Universiti Teknologi Malaysia dalam Diploma Pengurusan Harta Tanah. Walaupun bukan pilihan pertama iaitu Program Asasi Undang-Undang UIA, aku percaya Allah ada rancanganNya sendiri. Hari ini lagi sekali aku diketuk oleh realiti. Entah berapa kali hidayah berjaya menembusi hati, tapi malang sekali aku tak mampu menyimpan anugerah tersebut. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, mengapa aku begini? Alhamdulillah, solat 5 waktu terjaga. Dimana silapnya? Tiba tiba terdetik dalam hati, hubungan dengan manusia. Sucikah? Baikkah? Apa pandangan mereka terhadap aku? Satu demi satu ujian diturunkan. Keputusan SPM, UPU, PPM. Semuanya cuba menyedarkan aku. Sambil itu aku masih leka, masih taksub dengan radikaliti. Masih dengan kebencian abadi dengan musuh tradisi, masih dengan luahan hati tidak kira tempat. Aku seronok, bangga dengan perkara yang nyata menyimpang. Aku bangga menjatuhkan taraf sesama manusia, aku seronok membuka aib sesama insan. Aku pelik, lama sungguh baru nak sedar. Dah berapa jauh aku dari Allah? Dah berapa jauh aku dari rakan rakan, saudara seIslam? Hidup di Kuala Lumpur pasti sukar. Lagi lagi kalau ada orang membenci, ada orang tak meredhai. Masih beginikah aku lepas 5 tahun di kotaraya? Mampukah aku menahan dugaan dunia yang lebih besar?

 Kesempatan ini saya ambil untuk memohon ampun, meminta maaf atas segala silap dan salah, meminta redha sesama manusia. Doakan aku berjaya.

No comments: