Tuesday, January 15, 2013

orang

muda mudi

#1 teknologi makin canggih, otak makin bijak
malangnya tindakan semakin bodoh
e.g. tindakan muda-mudi. fanaticism terhadap hak pelajar, AUKU dsb.
demonstrasi itu matang
diplomasi itu matang
tapi tindakan? mencarut? provokasi? fitnah?
mengapa semakin bodoh tindakan kita?

#2 yang haram cuba dihalalkan
e.g. muda mudi berpasang pasangan
apabila dikhabarkan 'couple' itu haram,
bertempiaranlah muda mudi mencari hujah membenarkan tindakan mereka
"bercinta kerana Allah"
"asalkan tidak melanggar sempadan"
hujah dangkal sang remaja
benarkah kau bercinta kerana Allah?yakin?
benar jika kau rindu, Allah tempat mengadu bukannya teman pasangan?

#3 kebebasan yang duniawi
e.g. muda mudi sudah cukup besar. cukup matang kata kita
mampu bertindak sendiri
kuasa di tangan kita
jangan dikongkong golongan kami
ingin saya petik sebaris ayat yang sedikit mengerakkan hati saya
'freedom is doing the right thing, not doing whatever we wish to do'
(dipetik dari blog bro Siraj)
renungkan

post saya kali ini lebih berkisar tentang saya
tindakan saya yang bodoh
yang haram, saya halalkan dengan hujah dangkal
mengejar kebebasan duniawi
itulah saya
cukup radikal menghujahkan pendapat
sayalah antara kail yang panjang sejengkal cuba menduga lautan
dan saya tahu, saya tidak akan berubah dalam masa terdekat

BZL
STARIAN 2008-2012
BATCH OF 52